CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

SELAMAT DATANG...


assalamualaikum Selamat datang ke Blog kami ani..Para2 Pemancing,Pengail dan sebagainya yang Mau menyimpan Gambar2 Biskita di Alu2kan mengantar ke Emil>DlahGengJoran@gmail.com.. sumbangan biskita sangat2 di alu2kan..sekian terima kasih.. < < < < aku pun ada bejual udang hidup untuk umpan mengail..d No:3,Simpang:15, Jalan:64, Perumahan Lambak Kanan...Numbur Tipun 2391390
Digital Clocks & MySpace Layouts

Selasa, 30 Jun 2009

Trip DD(Geng Joran)bersama Teman Geng Joran





Al-Kisah...Trip kali kedua penulis turun ke laut bersama Sayang Abah dan krew - krewnya yang terdiri dari Abg Azrin dan Abg Adis pada 21/06/09. Cuaca pada ketika itu agak baik. Setelah berkumpul di pengkalan pada pukul 7.30 pagi, kami memunggah barang - barang dab peralatan pancing kami ke perahu Sayang Abah. Keadaan laut ketika itu agak tenang dibandingkan pengalaman trip pertama penulis. Kelihatan perahu - perahu banyak berlabuh berhampiran persisiran pantai. Diberitahu oleh penulis oleh Abg Azrin mungkin menahan pukat untuk menangkap udang berkemungkinan juga musimudang telah tiba.

Destinasi kami terus menuju 'spot - spot' lawa - lawa untuk mencari umpan hidup yang lazimnya seperti ikan temenong, rumahan, aur - aur dan basong - basong. Keadaan arus yang agak perlahan telah membantut usaha kami untuk mencari umpan hidup. Pencarian umpan terus berpindah randah ke tempat - tempat 'lawa - lawa' Sayang Abah. Pada tengah hari, kami hanya berlabuh untuk menikmati makanan dibeli pada awal pagi. Keadaan laut yang tidak berangin dan tidak berarus ketika itu agak mengecewakan pencarian umpan - umpan hidup. Kami gunakan masa yang tidak produktif untuk berehat seketika untuk menunggu waktu petang. Teknik 'hambur' kami gunakan untuk mencuba memerangkap Sang Tenggiri.

Sebelah petang, kami pergi ke tempat 'perikanan 1' untuk mengintai ikan - ikan putih. Namun 'frenzy' yang diharapkan agak mengecewakan. Ikan - ikan seperti temenong, aur - aur dan rumahan saja yang melayan 'anjun' kami ketika itu. Lewat petang, Sayang Abah mencadangkan untuk berpindah ke salah satu 'raba' nya. Semangat juang dan pemikiran yang positf tetap dikekalkan agar momentum tidak hilang begitu saja. Hasil tekaan Sayang Abah tidak mengecewakan kami, frenzy 'bananarama' (Ikan pisang - pisang) membuatkan kami seolah - olah mendapat suntikan semangat baru untuk melontar anjun - anjun kami. Pada spot seterusnya, bermulalah frenzy ikan putih yang kami semua harap - harapkan. Tarikan - tarikan ikan putih yang dirindui menjadikan kami riuh rendah, masing - masing dengan karenahnya sendiri. Frenzy ikan putih berlanjutan hingga akhir petang. Hasil dari teknik anjun yang kami perolehi mencapai 18kg lebih.

Ahad, 28 Jun 2009

Trip Geng Joran Ke K.Lumpur@ KELONG ACHEH Resort.


Ahli-ahli Geng Joran sedang bersiap sedia untuk bertampur mengail d kelong acheh...


Ahli-ahli Geng Joran dangan langkah kanan bersedia turun ke kelong acheh....yg terdiri daripada G-Rudin,Supri,G-Han(Geng Joran),Akmalio(FreakFishing) dan Amran(Teman Geng Joran)



Sebelum turun makan dan minum dulu...hehehehe


G-Rudin sedang menunggu kapal datang untuk membawa ahli2 Geng Joran ke Kelong Acheh
dalam perjalanan menuju dan mengunakan Kapal khas menuju ke Kelong Acheh
Ani lah gambaran KELONG ACHEH dari jauh...

G-Rudin bergambar sambil mengnimati keindahan suasanna d Kelong Acheh..
G-Rudin sedang duduk santai sambil bemsg dangan ahli-ahli Geng Joran d brunei...hehehe
Supri begambar kenangan dangan ikan yg d perolihinya...menurut ahli2 geng joran ikan2 yg dperolihi seperti Berah2an,Bebatik,pisang2,kerapu,bekalang,alu2 dan sebagainya


Ahli-ahli Geng Joran Santai sambil lepak menunggu umpan masing-masing kana santap ikan


Al-Kisah...sebahagian ahli-ahli Geng Joran belayar ke Kuala Lumpur dangan hajat d hati untuk mengail d KELONG ACHEH ahirnya tercapai...walaupun bermacam2 rentangan,dugaan,suka ataupun duka ahli-ahli Geng Joran tempuhi...dalam kesempatan ani tani beramai2 bersedakah kan AL-FATIHAH kepada Mamat(Geng Joran) kerana Bapa kesayanganya telah meninggal dunia semasa beliau berada d K.Lumpur...semoga bapa beliau di cucuri rahmat oleh ALLAH amin....

Khamis, 25 Jun 2009

Geng Joran di K.Lumpur@ KEPONG TACKLE

ani adalah kadai KEPONG TACKEL di Kuala Lumpur...
sebahagian ahli-ahli Geng Joran sedang memikirkan dan meliat-liat barang kail sampai ada yg paning memikirkan telampau banyak dan murah berabis d bandingkan d brunei...hehehee nda menyasal membali d sana....

Senjata ku baru untuk betampur dangan ikan-ikan laut dalam nanti...hehehehe

Ahad, 21 Jun 2009

Trip ku DLah bersama Mamat(SinbaD) @ Muara pada 19hb & 20hb June

Aku bersama dangan ikan Berah-berahan
anilah rezeki kami mengail Berah-berahan dan sulit hanya mengunakan kerikan

gambar d atas adalah ikan Kembura dan gambar d bawah adalah ikan2 kecil seperti ikan pusu,bilis dan sebagainya yg kami rambat


Gambar-Gambar d bawah ani adalah hasil kami mengail pada 20hb june..walaupun awalnya berangin kuat dan hujan labat Ribut chee....udah pukul 11 lalu malam alhamdulillah cuaca menjadi tenang baru tah turun mengail semula...ikan2 yg kami dapat Berah2an dan sulit..


Al-Kisah...alhamdulillah ani adalah hasil kami mengail d perairan muara dua kali berturut2 turun mengail pada 19hb dan 20hb...kami bersenjatakan kerikan dan berumpankan udang $1-15 hasil merambat sendiri...

Khamis, 18 Jun 2009

Trip DD(Geng Joran)bersama Teman Geng Joran pada 17/06/09









Al-Kisah ani ada lah cereta dari DD(Geng Joran) dan Member - member pancing (17/06/09)

Asal perancangan awal penulis dan member - member pancing untuk menyambung rancangan tergendala iaitu memancing di Danau. Salah seorang member pancing (pamra) memberi cadangan untuk turun ke laut, terus saja kesemua member - member pancing mengiyakan usulannya (Kes gian kan turun ke laut). Menggunakan perahu Ayahanda terhormat (Sayang Abah) iaitu bapa kepada pamra. Seawal pagi iaitu pukul 6.30am, rancangan untuk berkumpul di pengkalan (Tutong) namun cuaca tidak begitu mengizinkan. Keadaan hujan dan berangin membantutkan perancangan yang di buat. Sementara menunggu keadaan cuaca reda, penulis dan member - member pancing membuat persiapan awal untuk memunggah peralatan - peralatan pancing dan barang - barang untuk di bawa bersama. Member - member pancing terdiri dari penulis, pamra, Abas dan dingun. Crew Ayahanda terhormat (Sayang Abah) terdiri dari Sayang Abah sendiri dan dua orang temannya (salah seorang namanya 'Duan').

Apabila cuaca mulai teduh, kami pun memulakan rancangan yang diusulkan oleh Sayang Abah iaitu membangkit bubu dan seterusnya acara memancing (Tenggiri). Oleh sebab keadaan laut yang masih lagi beralun dan berangin, rancangan untuk membangkit bubu terus dibatalkan. Kami meneruskan perjalanan ke 'lawa - lawa' untuk mencari umpan hidup dengan menggunakan teknik appollo (anjun). Hasil - hasil dari menganjun beroleh ikan seperti ikan Temenong, Aur - Aur, Rumahan dan ikan "titir" yang lazimnya dijadikan 'makanan special' untuk Sang Tenggiri. Walaupun hasil - hasil tekinik anjun agak memuaskan hati tapi keadaan laut yang beralun telah 'mencederakan' 3 crew (termasuk penulis sendiri). Sindiran yang biasa para pemancing untuk mengusik teman - teman yang cedera "Inda payah menghambur.... Ada dah orang menghambur..." Namun semangat juang tetap terus ditingkatkan agar tidak lemah oleh keadaan laut.

'Spot - spot' yang dituju hanyalah untuk 'mengintai' Sang Tenggiri. Namun 'strike - strike' yang diharapkan dari Sang Tenggiri agak menghampakan semua crew. Mungkin kerana keadaan cuaca di laut tidak mengizinkan. Hanya dua kali saja 'strike' yang mengejutkan kami semua. Tarikan pertama hanyalah 'missed strike' oleh salah seorang crew Sayang Abah. Tidak lama kemudian, tarikan kedua yang mengejutkan mengena umpan dan terus meneriakkan drag spinning reel salah seorang crew Sayang Abah (Duan). Agak tergamam penulis kerana baru pernah melihat tarikan yang begitu 'cantik'. Patutlah tarikan Sang Tenggiri menjadi igauan para pemancing di laut. Namun apa yang difikirkan Sang Tenggiri sama sekali salah, yang menimbulkan dirinya adalah ikan Lingkuh. Permainan antara Duan dan Sang Lingkuh agak memuaskan hati penulis kerana 'fight' yang ditunjukkan oleh ikan Lingkuh.

Cuaca sebelah petangnya agak baik, keadaan laut yang beralun mulai berkurangan. Namun yang dihajati tidak kunjung tiba. Untuk meleraikan rasa kehampaan, kami mencuba kawasan 'perikanan 1'. Teknik apollo masih kami gunakan untuk mencari umpan. Kerancakan menganjun mula membangkitkan semangat kami apabila anjun mengena ikan putih. Bermula "Fishing frenzy" yang tidak disangka dari akhir petang hingga pukul 7 malam. Riuh rendah oleh 'fishing frenzy' umpama ubat mabuk laut leer katakan... Rezeki yang diperolehi membuahkan hasil hampir 20+ kg. Ikan putih (10kg), Lingkuh (4 kg), kerapu (500gm), garut - garut, temenong, rumahan, aur - aur, titir, anduping, pisang - pisang dan kurisi.

Rabu, 17 Jun 2009

Trip Last minute mengail 16/06/09

hehehehe stand tampat menyimpan kerikan ku kana sponcer oleh SHELL..hehehe kalau kana tarik ada bunyi DREAGGGE che...membagi tekinjat jua oleh nya...kerikan Heng yg mana balik2 kana tarik puhar tarus olehnya alum batah melabuh udah tia kana santap umpan ku..hehehe kana selirik jua balik2 oleh Mamat(sinbad) hehehehe
Alhamdulillah ani lah hasil aku dalam masa 5 minit saja mengunakan kerikan ku puhar jua chee...mana inda kiri kanan wah kana makan umpan kerikan ku masa atu hehehehe...
ani sesudah beberapa minit aku mengail..hehehe Bak kata pepatah `Nda Sunyi kerikan ku`hehehe

Al-Kisah d malam aku( DLah) turun mengail besama Mamat(Sinbad) berumpankan udang hidup yg $1-15 d kawassan perairan Muara..kami turun dalam kul 10.00 malam dan balik dalam kul 1.00 subuh...alhamdulillah ada jua kan d bawa balik...walaupun hanya beberapa jam kami mengail...ikan2 yg kami dapat seperti Berah-berahan,ketambak,kerapu,sulit dan lain2...

Khamis, 11 Jun 2009

Trip G-Napi dan Teman Geng Joran@Kg Bolkiah kg ayer


G-Napi begambar dangan ikan ketambak


Begambar dangan ikan Ketambak
Begambar dangan ikan Umpak


Alamak not game fish lah...hehehehe Langut pulang yg naik...

ini lah dia ikan Langut...ikan ani jua boleh d jadikan ubat untuk orang2 ampus...



Al-Kisah...alhamdulillah sukur ada jua rezeki atu kan d bawa balik...G-Napi dan Teman Geng Joran turun mengail d Jambatan Kg Bolkiah Kg ayer...