CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

SELAMAT DATANG...


assalamualaikum Selamat datang ke Blog kami ani..Para2 Pemancing,Pengail dan sebagainya yang Mau menyimpan Gambar2 Biskita di Alu2kan mengantar ke Emil>DlahGengJoran@gmail.com.. sumbangan biskita sangat2 di alu2kan..sekian terima kasih.. < < < < aku pun ada bejual udang hidup untuk umpan mengail..d No:3,Simpang:15, Jalan:64, Perumahan Lambak Kanan...Numbur Tipun 2391390
Digital Clocks & MySpace Layouts

Khamis, 18 Jun 2009

Trip DD(Geng Joran)bersama Teman Geng Joran pada 17/06/09









Al-Kisah ani ada lah cereta dari DD(Geng Joran) dan Member - member pancing (17/06/09)

Asal perancangan awal penulis dan member - member pancing untuk menyambung rancangan tergendala iaitu memancing di Danau. Salah seorang member pancing (pamra) memberi cadangan untuk turun ke laut, terus saja kesemua member - member pancing mengiyakan usulannya (Kes gian kan turun ke laut). Menggunakan perahu Ayahanda terhormat (Sayang Abah) iaitu bapa kepada pamra. Seawal pagi iaitu pukul 6.30am, rancangan untuk berkumpul di pengkalan (Tutong) namun cuaca tidak begitu mengizinkan. Keadaan hujan dan berangin membantutkan perancangan yang di buat. Sementara menunggu keadaan cuaca reda, penulis dan member - member pancing membuat persiapan awal untuk memunggah peralatan - peralatan pancing dan barang - barang untuk di bawa bersama. Member - member pancing terdiri dari penulis, pamra, Abas dan dingun. Crew Ayahanda terhormat (Sayang Abah) terdiri dari Sayang Abah sendiri dan dua orang temannya (salah seorang namanya 'Duan').

Apabila cuaca mulai teduh, kami pun memulakan rancangan yang diusulkan oleh Sayang Abah iaitu membangkit bubu dan seterusnya acara memancing (Tenggiri). Oleh sebab keadaan laut yang masih lagi beralun dan berangin, rancangan untuk membangkit bubu terus dibatalkan. Kami meneruskan perjalanan ke 'lawa - lawa' untuk mencari umpan hidup dengan menggunakan teknik appollo (anjun). Hasil - hasil dari menganjun beroleh ikan seperti ikan Temenong, Aur - Aur, Rumahan dan ikan "titir" yang lazimnya dijadikan 'makanan special' untuk Sang Tenggiri. Walaupun hasil - hasil tekinik anjun agak memuaskan hati tapi keadaan laut yang beralun telah 'mencederakan' 3 crew (termasuk penulis sendiri). Sindiran yang biasa para pemancing untuk mengusik teman - teman yang cedera "Inda payah menghambur.... Ada dah orang menghambur..." Namun semangat juang tetap terus ditingkatkan agar tidak lemah oleh keadaan laut.

'Spot - spot' yang dituju hanyalah untuk 'mengintai' Sang Tenggiri. Namun 'strike - strike' yang diharapkan dari Sang Tenggiri agak menghampakan semua crew. Mungkin kerana keadaan cuaca di laut tidak mengizinkan. Hanya dua kali saja 'strike' yang mengejutkan kami semua. Tarikan pertama hanyalah 'missed strike' oleh salah seorang crew Sayang Abah. Tidak lama kemudian, tarikan kedua yang mengejutkan mengena umpan dan terus meneriakkan drag spinning reel salah seorang crew Sayang Abah (Duan). Agak tergamam penulis kerana baru pernah melihat tarikan yang begitu 'cantik'. Patutlah tarikan Sang Tenggiri menjadi igauan para pemancing di laut. Namun apa yang difikirkan Sang Tenggiri sama sekali salah, yang menimbulkan dirinya adalah ikan Lingkuh. Permainan antara Duan dan Sang Lingkuh agak memuaskan hati penulis kerana 'fight' yang ditunjukkan oleh ikan Lingkuh.

Cuaca sebelah petangnya agak baik, keadaan laut yang beralun mulai berkurangan. Namun yang dihajati tidak kunjung tiba. Untuk meleraikan rasa kehampaan, kami mencuba kawasan 'perikanan 1'. Teknik apollo masih kami gunakan untuk mencari umpan. Kerancakan menganjun mula membangkitkan semangat kami apabila anjun mengena ikan putih. Bermula "Fishing frenzy" yang tidak disangka dari akhir petang hingga pukul 7 malam. Riuh rendah oleh 'fishing frenzy' umpama ubat mabuk laut leer katakan... Rezeki yang diperolehi membuahkan hasil hampir 20+ kg. Ikan putih (10kg), Lingkuh (4 kg), kerapu (500gm), garut - garut, temenong, rumahan, aur - aur, titir, anduping, pisang - pisang dan kurisi.

0 comments: